Sejak dua hari yang lepas..kucing kesayanganku yang di beri nama 'Cat' menghilangkan diri..entah hilang ke mana tidak di ketahui,biasanya kucing tu pandai pulang sebab ada anak kucing 4 ekor..anaknya laa tu...
puas mencari,akhirnya awal pagi tadi,nampak pula mayat kucing kesayangan tu 'ampai-ampai' di tepi jalan...entah siapalah yang tergamak melanggar kucing tu..biasanya kucing tu pandai jaga diri dan sentiasa berhati2..tambahan pula..kucing tu bijak dan jarang mendatangkan masalah walaupun tidur dalam rumah.
Harap2..anak2nya dapat terus hidup laa..kecian..belum pun sebulan usia anak2 kucing itu dah di tinggalkan ibunya:-(
Rabu, 2009 September 23
Rabu, 2009 September 16
Akhirnya Siap juga........
Ahad, 2009 September 06
Test Resepi part II
Kek Oren
Bahan2:
500gm mentega
2 cawan gula kastor
6 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 gram parutan kulit limau
3 sudu besar jus oren
cara membuat:
1. pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. masukkan telur satu persatu sambil di pukul.
2. masukkan tepung, jus oren dan kulit oren, gaul rata.
3. sediakan acuan yang di sukai dan tuangkan adunan memenuhi 2/3 bekas. kukus selama 35 minit.
Kek Coklat Moist.
Bahan2:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur
1 buku mentega buttercup
cara membuat:
1. ayak tepung, serbuk penaik, koko dan soda.
2. cairkan mentega. setelah suam, masukkan susu cair.
3. pukul telur dan gula hingga kembang. selepas itu masukkan adunan mentega dan susu secara berselang seli dengan tepung yang di ayak. kacau sebati.
4. sediakan acuan yang di sukai dan tuangkan adunan memenuhi 2/3 bekas. kukus selama 40 minit.

Rabu, 2009 September 02
Jom Test-test resepi.
Kek Span Limau.
Bahan2:
175gm gula kastor
160gm tepung naik sendiri
90gm mentega-dicairkan
6 biji telur-gred A
1 biji limau- diparut kulit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar jus limau
Cara Membuat:
1. pukul telur dan gula kastor hingga kembang.
2. masukkan sebahagian tepung naik sendiri. kaup balikkan.
3. kemudian masukkan jus limau. gaulkan hingga sebati. akhir sekali,masukkan baki tepung perlahan-lahan.
4. bubuh kulit limau dan tepung jagung.
5. ratakan adunan ke dalam dua tin berukuran 20 sm yang di alas dengan kertas dan di lengser. bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 20-25 minit hingga masak. sejukkan kek ini.
Bahan krim:
300ml krim putar
312gm limau mandarin bersirap-dalam tin
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk agar-agar
sedikit pewarna oren.
cara membuat:
1. pukul krim hingga kental.
2. sapukan separuh ke atas kek.
3. susun separuh isi limau.
4. tangkup dengan sebiji kek lagi.
5. sapukan baki krim ke atas kek. simpan kek di dalam peti sejuk sebentar.
6. untuk hiasan tengahnya. masak 150ml sirap ( dari tin limau mandarin), air, tepung jagung, agar-agar dan pewarna kuning sampai larut.
7. tuang ke atas kek. Hias di atasnya dengan limau dan hirisan strawberi.
Biskut Mentega
Bahan2:
500gm tepung gandum
350gm mentega
200gm gula aising
100gm telur
72gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
ceri merah-dibelah dua.
cara membuat:
1. pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. masukkan telur,esen vanila dan pukul hingga kembang.
2. masukkan tepung gandum dan tepung jagung. uli adunan hingga sebati.
3. masukkan adunan dalam acuan dan tekankan atas dulang pembakar. bubuhkan ceri diatasnya.
4. bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius hingga masak.
Biskut Manik
Bahan2:
200gm mentega
100gm gula aising
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung kastard
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen ros
sedikit gula manik berwarna
sedikit chocolate rice
cara membuat:
1. pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. masukkan een ros dan di kacau rata.
2. masukkan tepung gandum, tepung kastard dan kacau sehingga sebati.
3. canai adunan setebal 5mm dan taburkan manik berwarna dan chocolate rice di atasnya.
4. letak plastik nipis di atas doh dan gelek perhalahan agar manik melekat elok. ketepikan plastik dan potong bentuk empat segi anggaran 2.5cm. susun dalam dulang pembakar.
5. bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
selamat mencuba:-)

Sabtu, 2009 Ogos 08
Langgan:
Catatan (Atom)